SIARAN MEDIA: PRESIDEN FAM UMUM PELANTIKAN PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP & JAWATANKUASA AD-HOC FAM BAGI PENGGAL 2025-2029
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa, 25 Februari 2025.
Ia dipengerusikan oleh Presiden FAM yang baharu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres FAM Ke-61 2025 di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya pada Sabtu, 15 Februari 2025.
Pada mesyuarat pertama itu, Datuk Joehari telah mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc bagi penggal baharu 2025-2029.
Datuk Joehari turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM manakala Dato' Haji Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.
SENARAI PENUH PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP & JAWATANKUASA AD-HOC FAM BAGI PENGGAL 2025-2029
A. JAWATANKUASA TETAP FAM
1. Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Dato' Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
4. Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Timbalan Pengerusi: Dato' Zainal Abidin Hassan
5. Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Dato' Suraya Yaacob
6. Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Dato' Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
7. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato' Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
8. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
9. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy
10. Jawatankuasa Status
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
11. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Dato' Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: YB Haji Hishamuddin Abdul Karim
12. Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
13. Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dato' Seri Dr Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki
14. Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Dato' Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Dato' Haji Ismail Karim
15. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Dato' Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Dato' Dollah Salleh
16. Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri
B. JAWATANKUASA AD-HOC FAM
1. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
2. Jawatankuasa Infrastruktur
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Dato' Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai