SIARAN MEDIA: CARSOME PACU KEJAYAAN HARIMAU MALAYA SEBAGAI RAKAN AUTOMOTIF RASMI FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan CARSOME mengumumkan jalinan kerjasama dua tahun dengan menjadikan CARSOME sebagai Rakan Automotif Rasmi FAM, sekali gus mengukuhkan komitmen bersama dalam memperkasakan bola sepak Malaysia.
Kerjasama strategik dengan CARSOME, peneraju automotif tempatan Malaysia dan platform e-dagang kereta terbesar di Asia Tenggara ini bertujuan untuk menyokong usaha FAM dalam memperkukuhkan lagi pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, sekaligus mencipta satu lagi tahun gemilang bagi bola sepak negara.
Kerjasama ini merupakan satu pencapaian penting dalam usaha membangunkan lagi bola sepak Malaysia selain menyokong inisiatif FAM dalam memperluaskan pengaruh sukan ini di peringkat serantau dengan memastikan pasukan kebangsaan memiliki sumber yang mencukupi untuk bersaing pada tahap tertinggi. Bagi CARSOME, kolaborasi ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memupuk bakat tempatan dan menyumbang kepada pembangunan sukan Malaysia secara keseluruhan.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, CARSOME akan menyediakan 15 kenderaan untuk tempoh dua tahun akan datang bagi memastikan perjalanan pasukan lelaki, wanita, serta pasukan pengurusan lebih lancar dan selesa di sepanjang menghadapi perlawanan. Antara kenderaan yang ditaja termasuk Proton X90 dan X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC, dan Toyota Alphard.
Selain itu, CARSOME Academy, bahagian pendidikan CARSOME Group, turut menawarkan diskaun eksklusif dan insentif rujukan kepada ahli Pasukan Kebangsaan dan FAM untuk program TVET automotif, kemahiran insaniah, serta kemahiran teknikal. Inisiatif ini bertujuan untuk melengkapkan pemain dan kakitangan FAM dengan pengetahuan industri serta kemahiran praktikal yang berguna, sekali gus memberi mereka peluang untuk turut membina kerjaya di luar bidang sukan.
Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, “FAM berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama baharunya bersama CARSOME, di mana ia adalah usaha yang mencerminkan komitmen kami untuk membawa bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.
“Sebagai platform automotif terkemuka negara, FAM dan CARSOME kedua-duanya berkongsi semangat yang sama dalam mengejar kecemerlangan, inovasi dan pembabitan komuniti di mana nilai-nilai penting bukan sahaja dalam bola sepak tetapi juga dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Melalui jalinan kerjasama ini, FAM mahu terus meningkatkan pengalaman bola sepak bagi pemain, peminat, dan pihak berkepentingan dengan memupuk inisiatif yang menggalakkan pembangunan, aksesibiliti, dan sokongan terhadap ekosistem bola sepak tempatan.”
Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME, Eric Cheng menambah, “Bola sepak bukan sekadar sukan – ia menyatukan rakyat Malaysia dan memperkukuh identiti nasional kita. Membesar di Kelana Jaya, bersebelahan dengan FAM, saya berpeluang menyaksikan sendiri dedikasi serta kerja keras atlet bola sepak kebangsaan kita. Sukan ini sentiasa dekat di hati saya. Pengasas bersama saya, Teoh Jiun Ee dan saya sendiri mempunyai minat mendalam terhadap bola sepak dan memahami komitmen yang diperlukan untuk bersaing di peringkat tertinggi.”
“Di CARSOME, kami percaya dalam menyokong aspirasi rakyat Malaysia – sama ada dalam perniagaan, pendidikan, atau sukan. Kerjasama ini bukan sekadar menyediakan pengangkutan; ini adalah usaha kami dalam memacu juara bola sepak negara dengan memastikan pasukan Malaysia mendapat sokongan dan kemudahan yang mereka perlukan untuk mencapai tahap yang lebih gemilang. Kami berharap kolaborasi ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk terus berdiri di belakang pasukan kebangsaan dan meraikan perjalanan mereka dalam arena bola sepak.”
Majlis menandatangani perjanjian rasmi telah diadakan di Hotel Thistle, Johor Bahru, Johor sebelum perlawanan pertama Malaysia tahun ini menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Hj Rahman dan Pengasas Bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME, Eric Cheng. Turut menyaksikan sesi tandatangan ini ialah Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub serta Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Teoh Jiun Ee.
Selain aspek pengangkutan, kerjasama ini turut mengukuhkan usaha FAM untuk mendekatkan bola sepak Malaysia kepada para peminat. Pelanggan CARSOME akan diberikan peluang eksklusif untuk berinteraksi dengan pemain kebangsaan, termasuk pengalaman di sebalik tabir serta sesi bertemu peminat.
Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama di antara FAM dan CARSOME, lawati www.fam.org.my atau ikuti saluran media sosial rasmi FAM dan CARSOME.
* Siaran media ini dikeluarkan pada Selasa, 25 Mac 2025
MEDIA RELEASE: CARSOME DRIVES HARIMAU MALAYA CHAMPIONS FORWARD AS FAM’S OFFICIAL AUTOMOTIVE PARTNER
The Football Association of Malaysia (FAM) and CARSOME have announced a two-year partnership, naming CARSOME as the Official Automotive Partner and reinforcing their shared commitment to strengthening Malaysian football.
This partnership with CARSOME, Malaysia’s homegrown automotive leader and Southeast Asia’s largest integrated car e-commerce platform aims to enhance FAM’s efforts in strengthening both the men’s and women’s national teams as they prepare for another exciting season.
This partnership is a key milestone in advancing Malaysian football and supporting FAM’s efforts to elevate the sport’s regional presence by ensuring the national teams have the resources they need to compete at their best. For CARSOME, this collaboration is part of its efforts to nurture local talent and contribute to the broader development of Malaysian sports.
As part of this collaboration, CARSOME will provide 15 vehicles over the next two years, ensuring the men, women and management teams travel in reliability and comfort while seamlessly managing their logistical requirements throughout the game seasons. The sponsored fleet includes Proton X90 and X70, Mazda CX-5, Nissan Serena, BMW 3 Series, Volvo XC40, Mercedes-Benz GLC, and the Toyota Alphard.
CARSOME Academy, CARSOME Group’s education arm, will also be offering exclusive discounts and referral incentives for the National Team and FAM members on automotive TVET, soft skills, and technical skills programs. This initiative is aimed at equipping players and FAM personnel with valuable industry knowledge and practical skills, empowering them with opportunities for professional growth beyond their sporting careers.
FAM President Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub stated, “FAM is proud to announce this new exciting partnership with CARSOME, a collaboration that reflects our commitment to driving Malaysian football to greater heights.
“As the nation’s leading automotive platform, both FAM and CARSOME share the mutual passion for excellence, innovation, and community engagement, values that are essential both in football and beyond.
“Through this partnership, we aim to enhance the football experience for players, fans, and stakeholders by fostering initiatives that promote development, accessibility, and support for the local football ecosystem.”
CARSOME CEO Eric Cheng added, “Football is more than just a sport—it brings Malaysians together and strengthens our national identity. Growing up in Kelana Jaya, right next to FAM, I had the privilege of witnessing firsthand the dedication and hard work of our national football athletes. The sport has always been close to my heart. My Co-founder Teoh Jiun Ee and I have always been passionate about football, and we understand the commitment it takes to compete at the highest level.
“At CARSOME, we believe in supporting the aspirations of Malaysians—whether in business, education, or sports. This partnership goes beyond providing transportation; it is our effort to drive champions forward by ensuring Malaysia’s national teams have the support and infrastructure to excel. We hope this inspires more Malaysians to stand behind our national team and celebrate their journey.”
The official signing ceremony took place at the Thistle Hotel in Johor Bahru, Johor ahead of Malaysia’s first match of the season against Nepal at Sultan Ibrahim Stadium, between FAM General Secretary Datuk Noor Azman Hj Rahman and CARSOME’s Co-Founder and CEO, Eric Cheng. Witnessing the signing ceremony were FAM President Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub as well as CARSOME’s Co-Founder and CARSOME Academy CEO, Teoh Jiun Ee.
Beyond transportation, this partnership enhances FAM’s efforts to bring Malaysian football closer to the fans. CARSOME’s customers will have exclusive opportunities to engage with the national players, including behind-the-scenes experiences and meet-and-greet sessions.
For more information on FAM and CARSOME’s partnership, visit www.fam.org.my or follow FAM’s and CARSOME’s official social media channels.