SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 12 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA KE PIALA ASIA BOLA SEPAK PANTAI 2025 DI PATTAYA, THAILAND
Berikut adalah senarai akhir 12 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Mohd Saiful Md Noor bagi membawa cabaran Malaysia pada Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 di Pattaya, Thailand, dari 20 hingga 30 Mac ini.
Mohd Saiful telah memilih 12 orang pemain terbaik daripada senarai awal 25 pemain yang dipanggil ke kem Latihan pusat di Kuala Terengganu, Terengganu dari 4 hingga 16 Mac 2025.
Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala Asia Bola Sepak Pantai 2025 dengan perlawanan pertama Kumpulan D menentang Bahrain pada Jumaat, 21 Mac 2025 pada jam 9.30 malam (waktu Malaysia); Oman pada Ahad, 23 Mac 2025 pada jam 9.30 malam (waktu Malaysia) dan Vietnam pada Selasa, 25 Mac 2025, jam 6.00 petang (waktu Malaysia) di Jomtien Beach Arena, Pattaya.
Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat Suku Akhir pada Khamis, 27 Mac 2025, seterusnya Separuh Akhir pada Sabtu, 29 Mac 2025 dan Final pada Ahad, 30 Mac 2025.