SIARAN MEDIA: SENARAI 20 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYA MENJELANG PIALA ASIA FUTSAL 2026 DI JAKARTA, INDONESIA
Berikut merupakan senarai nama 20 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan yang baharu, Addie Azwan Zainal bagi menyertai kem latihan pusat bermula Ahad, 11 Januari 2026 sebagai persiapan skuad futsal Harimau Malaya menghadapi Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia bermula 27 Januari hingga 7 Februari 2026.
BIL | NAMA | POSISI | PASUKAN |
1. | MUHAMMAD SYAIFUDDIN SYUKRI IBRAHIM LINCOLN | GK | SELANGOR FC |
2. | MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN | GK | SELANGOR FC |
3. | MUHAMMAD FARIS MOHD JOHAN | ALA | SELANGOR FC |
4. | MUHAMMAD HAIQAL HASNOR | ALA | SELANGOR FC |
5. | SYAHIR IQBAL KHAN AKBAR KHAN | ALA | SELANGOR FC |
6. | MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN | ALA | SELANGOR FC |
7. | MUHAMMAD AIDIL ZAKWAN ZAIDI | FIXO | SELANGOR FC |
8. | MOHAMAD FAARIS AMSYAR MARHAIDI | FIXO | SELANGOR FC |
9. | MOHD FIRDAUS AMBIAH | FIXO | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
10. | MOHAMAD DANIAL ABDUL DAIN | ALA | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
11. | MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI | ALA | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
12. | MOHD RIDZWAN BAKRI | ALA | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
13. | MOHAMAD AWALUDDIN MAT NAWI | PIVOT | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
14. | MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN | PIVOT | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
15. | ZAINULZAHIN SINUAN | GK | PAHANG RANGERS FC |
16. | AHMAD HARITH NA’IM NASIR | FIXO | PAHANG RANGERS FC |
17. | MUHAMAD NORAKMAL NORIZAL | ALA | PAHANG RANGERS FC |
18. | MUHAMAD RAZIN A. RAHIM | ALA | PAHANG RANGERS FC |
19. | MUHAMMAD SYAHMIE ROSLI | PIVOT | PAHANG RANGERS FC B |
20. | SYED SHAHRUL NIEZAM SYED ABDUL RAHIM | UNIVERSAL | TERENGGANU FC |
Addie Azwan yang menggantikan Rakphol Sainetngam telah mengekalkan kesemua 14 pemain yang membawa Malaysia meraih pingat gangsa acara Futsal Lelaki pada Sukan SEA 2025 di Nonthaburi, Thailand pada Disember lalu, selain menyenaraikan empat pemain yang pernah dipanggil ke kem latihan pusat sebelum ini iaitu penjaga gol Syawal Sabaruddin, Haiqal Hasnor, Norakmal Norizal dan Syahmie Rosli.
Yang turut tersenarai, dua pemain dari skuad futsal Harimau Malaya B-19 yang berjaya meraih tempat ketiga pada Kejuaraan Futsal B-19 ASEAN 2025 yang turut berlangsung di Nonthaburi, Thailand pada Disember lalu iaitu ketua pasukan, Faaris Amsyar Marhaidi dan Aidil Zakwan Zaidi.
Skuad futsal kebangsaan akan menjalani latihan pusat selama seminggu di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya dari 11 hingga 16 Januari 2026 sebelum berlepas ke Jakarta pada 17 Januari bagi persiapan terakhir di sana termasuk mengadakan beberapa perlawanan persahabatan.
Piala Asia Futsal 2026 menampilkan 16 pasukan terbaik Asia yang dibahagikan kepada empat kumpulan yang mana setiap kumpulan dibarisi empat pasukan dan Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D.
Skuad futsal Harimau Malaya bakal beraksi dua perlawanan Kumpulan D di Jakarta International Velodrome iaitu menentang Iran pada Rabu, 28 Januari dan Afghanistan pada Jumaat, 30 Januari, sebelum turun menentang Arab Saudi di Indonesia Arena pada Ahad, 1 Februari 2026.
Jika berjaya menduduki dua tangga teratas Kumpulan D, lawan di suku akhir ialah bertemu dua pasukan teratas Kumpulan C (Jepun, Uzbekistan, Tajikistan atau Australia) pada Selasa, 3 Februari, disusuli aksi separuh akhir pada Khamis, 5 Februari dan final pada Sabtu, 7 Februari 2026.
Sebagai rekod, skuad futsal Harimau Malaya gagal layak ke dua edisi Piala Asia Futsal sebelum ini iaitu di Kuwait pada 2022 dan di Thailand pada 2024. Dalam 12 penampilan di pentas Piala Asia Futsal sejak tahun 1999 pula, Malaysia hanya sekadar beraksi di peringkat kumpulan dan belum pernah berjaya layak ke peringkat suku akhir.
- Siaran media ini dikeluarkan pada Jumaat, 9 Januari 2026